Pendaftaran Pra Sekolah dan Tahun 1 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Pra Sekolah & Tahun 1 Kemasukan 2013 secara dalam talian (online) telah dibuka seperti berikut:

  • 1 Mac 2012 hingga 30 April 2012 (pendaftaran Tahun 1 2013)
  • 3 Mac 2012 hingga 31 Ogos 2012 (pendaftaran Pra Sekolah 2013)

Maklumat lanjut dan pendaftaran dalam talian boleh dibuat di dalam Sistem Pengurusan Pendaftaran Murid Tahun 1 / Pra Sekolah Pejabat Pelajaran Putrajaya.

Sila layari http://www.didik.my/sppm

Sekian, terima kasih.

Recent Related Posts

16 thoughts on “Pendaftaran Pra Sekolah dan Tahun 1 2013

  1. saya nak daftar anak saya di prasekolah sk bukit kuchai, puchong, selangor untuk tahun 2013, tapi tidak boleh online, agak agak bila talian online akan di buka. terima kasih

    • Tuan,

      Sila berhubung dengan pejabat pelajaran negeri selangor atau sekolah rendah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pej. pelajaran putrajaya hanya menguruskan pendaftaran prasekolah secara online untuk sekolah-sekolah di putrajaya.

      Sekian, terima kasih

  2. As salam. Sya nak buat pertanyaan.. Saya telah daftarkan anak melalui online pada thun 2011. malang nya salinan permohonan yang telah di cetak hilang. bagaimana saya ingin membuat semakan? kata laluan juga tiada. Terima kasih

    • Sila hubungi Pej. Pelajaran WP Putrajaya (PPWPP) di talian 03-8890 3070 dan minta disambungkan ke UNIT ICT. Insya Allah mereka boleh membantu.

      Sekian, terima kasih

  3. as salam..sy sekeluarga baru berpindah (transferred) ke taman pinggiran putra,seri kembangan pd 15 April 2012.sblm ini,kami menetap di Kuantan,Pahang.anak saya sudah didaftarkn ke salah sebuah sekolah di Kuantan..memandangkan suami sy bekerja di Jab Peguam Negara,Putrajaya(dlm kaw ptrajy) boleh atau tidak sekiranya sy ingin membuat permohonan utk mendaftarkan anak sy di sekolah ini bg sesi 2013( tahun 1) ?apakah prosedur yg perlu sy ikuti utk membuat permohonan.terima kasih.

  4. Salam, anak saya sekarang ini belajar di Oman dan September ini dia akan memulakan Tahun 1. Kemungkinan besar kami akan pulang ke Malaysia awal tahun depan. Untuk itu, bolehkah saya daftar anak saya untuk kemasukan Darjah 1 sekarang walaupun berkemungkinan besar dia akan bermula lewat, contohnya bulan February 2013 dan adakah sekolah akan menerima kemasukan lewat? Dan, bolehkah cik/tuan/puan berkongsi maklumat sekolah mana yang paling dekat dengan Precinct 15, Putrajaya? Terima kasih.

    • Salam Pn Wan Norzaihan,

      Untuk makluman puan, urusan pendaftaran murid di Putrajaya dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP).
      Sila hubungi talian 03-8890 3070 dan layari laman web/ portal http://www.moe.gov.my/ppwpp/ dan http://www.didik.my/sppm. untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sesi persekolahan 2013. Sekolah yang paling hampir dengan Precint 15 ialah SK Putrajaya Presint 14(1).

      Harap maklumat ini dapat membantu. Terima kasih kerana melayari laman web sekolah ini.

      Admin

  5. Salam sejahtera,

    saya nak daftarkan anak saya Prasekolah di Kota Damansara.anak saya dilahirkan pada tahun 2007.boleh ke saya daftarkan pada tahun ini?dan bagaimana caranya saya nak daftarkan.

    Terima Kasih.

    • Salam sejahtera,

      Puan boleh berhubung dengan pejabat pelajaran daerah atau sekolah yang berhampiran dengan kediaman puan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

      Sekian, terima kasih & diharap respon ini dapat membantu puan.

  6. salam 1malaysia,

    Saya telah mendaftarkan anak saya untuk pra sekolah tahun 2013 pada 20/05/2011.Saya ingin tahu status permohonan anak saya berjaya atau tidak bagaimana ye..?
    Semua dokumen pula telah saya serahkan kepada pihak sekolah yg dipohon pada 04/04/2012..perlukan kah saya telefon pihak sekolah atau pejabat pelajaran putrajaya..?terima kasih.

    • Salam sejahtera,

      Tuan boleh boleh hubungi sekolah dan pej.pelajaran putrajaya untuk dapatkan status terkini urusan tersebut. Penempatan prasekolah tahun 2013 akan diketahui pada bulan Oktober. Harap maklumat ini dapat membantu.

      Sekian, terima kasih.

  7. assalammualaikum,

    saya baru mendaftar diri untuk menyambung pelajaran di UITM shah Alam. dan baru berpindah ke seksyen 7.
    Oleh itu, saya ingin mendaftarkan anak saya ke pra sekolah di SK Seksyen 7,. PErsoalan nya :

    1.adakah masih dibuka pendaftaran ini?
    2. Kemana saya perlu untuk mendaftar anak saya?

    • Salam,

      Terima kasih kerana melayari laman web SK Putrajaya Presint 11(1).
      Puan boleh berhubung dengan sekolah yang berhampiran dengan kediaman untuk dapatkan maklumat lanjut tentang pendaftaran prasekolah di kawasan Shah Alam

      Sekian, terima kasih.

  8. Salam sejahtera, saya ingin mendaftarkan anak saya di Pra-sekolah di Sek Kebangsaan Damansara Damai 2,tetapi dimaklumkan masih belum ada guru taska yg disediakan. Saya berharap pihak tuan dapat memantau masalah ini. Untuk makluman tuan,saya juga telah mendaftarkan anak saya disekolah yg sama untuk tahun 1/ 2014.Prasana untuk Pra-sekolah disana semunya dalam keadaan lengkap. saya berharap dapat maklum balas dari pihak tuan dgn secepat mungkin.Jika ada sebarang pertanyaan,sila hubungi saya ditalian 0193852219.

    • Salam Sejahtera,
      Terima kasih kerana melayari laman web SK Putrajaya Presint 11(1), Putrajaya. Untuk makluman tuan, maklumat tentang pra sekolah di dalam laman web ini adalah untuk bakal murid-murid pra sekolah di sekolah ini sahaja.
      Tuan boleh berhubung terus dengan sekolah yang berhampiran atau pejabat pelajaran daerah (PPD) terdekat dengan kediaman untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pendaftaran dan penempatan pra sekolah dan tahun 1 2013/2014.

      Diharapkan info ringkas ini membantu tuan. Sekian, terima kasih.

      Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>